Skim Ekspres Tunai SME itu yang disediakan sama ada dalam bentuk pinjaman bertempoh, pinjaman pusingan dan surat jaminan adalah langkah pertama bagi MBSB untuk terbabit dalam penyediaan pembiayaan kepada sektor syarikat perusahaan kecil dan sederhana(PKS).
Kata MBSB, jumlah pembiayaan dan jaminan yang diberikan bergantung kepada jangkaan keperluan mudah tunai dan keperluan kontrak.
“Menerusi Ekspres Tunai SME, harapan kami MBSB dapat membantu memberi rangsangan bagi membangunkan lagi syarikat PKS tempatan,” katanya selepas pelancaran skim itu di Kuala Lumpur, semalam.
Pada majlis itu, MBSB turut memeterai perjanjian dengan SME Factors Sdn Bhd yang menjadi rakan strategiknya dalam penyediaan skim berkenaan.
Ahmad Zaini memeterai perjanjian itu bagi pihak MBSB, manakala SME Factors diwakili Pengarah Urusannya, Syed Zed Al Qudsy. Ia disaksikan Pengerusi MBSB, Tan Sri Abdul Halim Ali.
Ahmad Zaini berkata, dana awal RM500 juta itu akan ditambah jika skim itu mendapat sambutan bagi membolehkan MBSB membiayai lebih banyak PKS pada masa depan.
Kelebihan skim dari MBSB itu ialah pembiayaan akan disalurkan dalam tempoh lima hari bekerja selepas tarikh diluluskan dan peminjam tidak perlu menyediakan cagaran kecuali jaminan oleh pemilik atau pengarah syarikat.
No comments:
Post a Comment